Eng    .    BM    .    中文  
 

Koleksi Resipi



Tofu
Maharaja


Ramuan:
Cheong Fatt Tofu Telur
200gm, telur kuning masin 100gm, udang 10gm.

Perisa:
Minyak kacang tanah 15gm, garam 5gm, gula pasir 3gm, tepung pati ayam 5gm, minyak bijan 2gm, sup secukup rasa, tepung jagung secukup rasa.

1.

Tofu Jepun dipotong dalam bentuk bulat dan tebal, telur kuning masin dipotong setengah dan udang dihiris kepada ketulan kecil.

2.

Letakkan tofu yang telah siap dipotong didalam pinggan. Telur kuning masin yang dipotong setengah hendaklah diletakkan ke atas setiap keping tofu dan menggunakan kepanasan sederhana untuk mengkukus selama 5min. Keluarkannya lepas itu untuk dimasak kemudian.





3.

Panaskan kuali dan minyak, tuangkan sedikit sup, campurkan garam, gula, tepung pati ayam, udang untuk dimasak bersama.

Selepas membubuh perisa, gunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan sedikit minyak bijan dan bubuhkan kuah ke atas tofu untuk dihidangkan .


Tip Hidangan:
Tofu mesti dipotong dengan sempurna dan pastikan telur kuning masin diletakkan di tengah-tengah tofu. Kepanasan tidak boleh terlalu rendah apabila mengkukus tofu kerana tofu yang dikukus akan berasa tidak sedap dan tidak licin.