Eng    .    BM    .    中文  
 

Profil Syarikat

Syarikat Perniagaan Cheong Fatt ditubuhkan pada 6 Januari 1981. Syarikat ini menghasilkan produk-produk kacang soya, makanan tin dan pelbagai barangan kecil. Ia dibangunkan dari satu pengilang makanan yang kecil yang mengeluarkan hanya tiga jenis produk-produk tofu dengan menggunakan 6,000 kilogram kacang soya sehingga masa kini dengan pengeluaran secara besaran, iaitu enambelas jenis produk-produk dengan menggunakan 60,000 kilogram kacang soya pada setiap bulan.

Dengan matlamat untuk meninggikan mutu Industri Makanan Malaysia dan memenuhi kehendakan yang berbeza dari para pelanggan tempatan dan luar negara, Syarikat Perniagaan Cheong Fatt dilengkapi dengan pengalaman yang lebih dari 23 tahun, ia masih memperbaiki dan membuat perubahan ke atas teknologi produksi, logistic, pelbagai peringkat perkhidmatan dan sokongan kepada para pelanggan secara berterusan.

Untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran produk-produk, kami telah melabur dalam perolehan kenderaan-kenderaan yang dilengkapi dengan peti sejuk untuk menghantar produk-produk kami kepada para pelanggan. Kami merupakan syarikat yang pertama dalam industri pengeluaran tofu yang memiliki angkatan kenderaan-kenderaan yang dilengkapi dengan peti sejuk, selain daripada itu kami juga membekalkan produk-produk kami ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Kami juga mengedarkan produk-produk kami ke Singapura , Brunei dan Indonesia.

Bersamaan dengan falsafah korporat kami, penglibatan dan hasrat kami untuk diiktiraf sebagai satu organisasi, di mana dikenali dengan reputasi baik dalam pengeluaran produk-produk makanan yang berkualiti tinggi.

 

 


Objectiv Kami:

  • Melaksanakan profesionalisme yang tinggi dalam pencapaian taraf kami.

  • Mengeluarkan produk-produk yang berkualiti tinggi dan juga meninggikan kesedaran para pelanggan tentang kebaikan produk-produk kacang soya untuk kesihatan, justeru menjadi kepastian kepada setiap keluarga.

  • Perwakilan yang sentiasa sedia memberi perkhidmatan kepada para pelanggan kami dan menjadi rakan kongsi dalam pertumbuhan dan pembangunan para pelanggan.

  • Menyediakan perancangan produksi dan jadual penghantaran kami yang berkesan dan cekap.

  • Membekalkan kerja-kerja dan pendapatan yang memadai kepada pekerja-pekerja kami.