Eng    .    BM    .    中文  
 

Koleksi Resipi



Tofu Adunan Telur


Ramuan:
Cheong Fatt Tofu Himpit Jepun
200gm, cili hijau & merah 1 biji kedua-duanya, halia muda 10gm, 1 biji telur.

Perisa:
Minyak kacang tanah 500gm, garam 5gm, tepung pati ayam 5gm, minyak bijan 5gm, sup biasa secukup rasa, tepung jagung secukup rasa.

1.

Potong tofu Jepun segiempat kepada kepingan tebal, potong cili hijau & merah ketulan kecil, kulit halia muda dikopak dan dipotong hingga ketulan kecil.

2.

Letakan telur ke dalam mangkuk, masukkan tepung jagung 40gm, air dan sedikit garam. Gaulkannya sehingga menjadi adunan.




3.

Panaskan kuali dan minyak sehingga 110C dan rendamkan kepingan tofu dalam adunan sebelum dimasukan ke dalam kuali. Keluarkannya dari kuali apabila ia digoreng sehingga rangup.

Minyak yang lebih di kuali dituang keluar, panaskan kuali dan sedikit minyak semula. Masukkan halia, cili hijau & merah, tuangkan sedikit sup biasa ke dalam kuali dan biarkannya dimasak seketika.

Masukkan garam, tepung pati ayam dan gunakan tepung jagung yang masih ada untuk memekatkan kuah. Tuangkan kuah ke atas tofu yang telah siap digoreng. Sedia dihidangkan.


Tip Hidangan:
Perisa adunan telur tidak boleh terlalu berat, mesti seimbang. Kepanasan minyak tidak boleh terlalu rendah semasa mengoreng tofu.