Eng    .    BM    .    中文  
 

Koleksi Resipi



Tofu Kocek


Ramuan:
Cheong Fatt Tofu Goreng
200gm, daging yang tidak berlemak 60gm, buah ladam 20gm, cendawan cina 20gm, halia muda 10gm, lada hijau & merah sebiji setiap jenis.

Perasa:
Minyak kacang tanah 500gm, garam 5gm, tepung pati ayam 5gm, minyak bijan 5gm, sup biasa secukup rasa, tepung jagung secukup rasa.

1. Korekkan satu lubang di atas tofu goreng yang telah digorengkan, keluarkan bahagian dalam tofu dan lepas itu terbalikannya secara perlahan.
2. Daging yang tidak berlemak dicencang, kulit buah ladam dikeluarkan dan dipotong sehalus beras, cendawan cina dan halia muda dipotong hingga ketulan kecil, bijian di dalam lada hijau & merah dikeluarkan and dipotong kepingan.

Selepas itu, gaulkan daging yang dicencang dengan buah ladam, ketulan kecil cendawan, ketulan kecil halia, separuh daripada pati ayam dan tepung jagung. Gaul sehingga melekat dan lepas itu masukkannya ke dalam bahagian dalam tofu yang kosong.



3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan tofu yang telah berisi ke dalam minyak panas yang sehangat 120C.

Gorengnya sehingga rangup dan berwarna keemasan, kemudian keluarkannya. Tuang keluar minyak daripada kuali, panaskannya semula dengan sedikit minyak.

Campurkan kepingan lada hijau & merah bersama-sama dengan tofu goreng, tuangkan sup ke dalam kuali sehingga mendidih.

Campurkan lagi garam yang masih ada, tepung pati ayam, masaknya sampai berperisa dan dihidangkan selepas memasukkan sedikit minyak bijan di atasnya.

Tip Hidangan:
Gerakan mengorek isi tofu mesti perlahan dan stabil. Sila ambil perhatian bahawa tofu tidak boleh dimasak dengan terlalu lama, jika tidak kerangupannya akan hilang.